Dear Diary :)

Well, hari ini hari sabtu. Ada perjumpaan ibu bapa bersama pentadbiran sekolah. Start from 8am-10am bertempat di Dewan Dato' Onn di SMK Laksamana. Objektif perjumpaan ini untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan audit akademik peperiksaan percubaan PMR. *tiru ayat dalam surat yang diberi. HHA

Lepas bunyi loceng (seakan-akan bunyi siren kebakaran), kiteorang (pelajar-pelajar Wawasan) pun tunggu lah until ibu bapa masing-masing hadir. Tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 8am, ayah aku pun sampailah. aku bawa ayah ke meja pendaftaran. lepas daftar, masuklah ke dalam dewan dan duduk di tempat yang disediakan. ayah aku amik tempat belakang-belakang. Padahal, aku dah 'cop'kan tempat untuk dia depan-depan. Terpaksa la amik balik beg & duduk di belakang dengan ayah.

Firstly, Pengetua SMK Laksamana, En. Md. Din berucap panjang lebar dan menyampaikan apa-apa maklumat yang patut. Aku turut tersenarai dalam Top 10 Form 3 di sekolah. Wow! *bagak (bangga) aku. haha.

Then, Cikgu Samsuddin pula bagi ucapan dan motivasi pada kiteorang. apa yang dia cakap, semua betul. maklumlah dia memang merupakan cikgu kaunseling. macam-macam lah nasihat dia. aku suka dengar <3 harap-harap ayah aku pun akan perasan apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup ni.

Okay. usai sudah ucapan cikgu Samsuddin, maka berakhirlah perjumpaan tersebut. kiteorang kena sambung sekolah *tak boleh balik la. Aku sempat salam ayah aku sebelum dia balik. Then, sebelum masuk ke kelas, aku ajak Tasha & Qila singgah kat kelas 'buruk' Syazwan. Aku cuma nak pastikan sama ada dia datang ataupun tidak walaupun aku dah tahu yang dia takkan datang *dia dah beritahu semalam. Tapi aku harap sangat dia datang. Rupa-rupanya tak. it's okay awak :'(

Then, masuk kelas belajar macam biasa.

Balik rumah, aku terus tidur. letih la *padahal tak puasa. bukan buat apa pun. tu pun nak letih. Bangun tidur pukul 5. sedar-sedar atok aki & atok wan datang rumah aku :) dah la tenga mamai lagi. haha. Then, aku salam. rindu ouh kat atok :'( hee.

Mak Lang & Mak Usu pun datang. kiteorang buka puasa sama-sama (menyebuk je nak buka sekali). memang penuh rumah aku. tapi tak apa. SERONOK gilaa ramai-ramai kat rumah ni :)

p/s : Tak sabar nak raya. nak jumpa sepupu-sepapat tercinta. tunggu taw. muah muah <3