Mersing OH Mersing !

Yesterday,
ntah angin monsun apa yang tiba-tiba datang, ayah kepada aku, Ali Bin Sis telah mengajak kami sekeluarga untuk pergi ke Mersing.
Sebaik sahaja berita 'gembira' itu diumumkan, semua kat dalam rumah melompat kegembiraan kecuali aku. kecuali AKU.
Aiseh. Fyi, tempat yang paling aku benci untuk pergi = MERSING
Actually, bukan apa. aku suka sangat Mersing sebab ada laut.
Tapi, yang menjadi halnya sekarang, aku tak suka jalan untuk ke sana.
Ehh, korang tak perasan ke? jalan dia dah macam jalan 'roller coaster'. selekoh sana, selekoh sini.
Aku dari kecil, kalau pergi sana je, memang akan MUNTAH! euww bluerkk bluerkk.
Aku pun tak mengerti kenapa lah ayah aku suka sangat bawa aku sekeluarga pergi Mersing.
(tahu lah rumah yang dia tinggal dengan ibu aku dulu sebelum pindah Kota Tinggi, kat Mersing. tapi agak-agak la kan)
Dia cakap after Zohor, kita gerak.
So, nak tak nak, terpaksa la aku siap-siap. lepas solat Zohor, tukar baju lawa-lawa kononnya (tu pun macam nak tak nak seh)
Sebelum pergi pun, aku dah dapat membayangkan apa yang akan berlaku kat aku. Dah lah puasa.

Okay2, pada mulanya, aku masih dapat menyesuaikan diri dalam perjalanan yang bengkang-bengkok tu. Tapi, bila dah nak sampai, tanpa disangka-sangka, tekak aku mula rasa loya, perut aku sakit, kepala aku pening. Suasana yang riuh rendah dalam kereta dengan adik-adik aku yang sepanjang perjalanan tak habis2 memekak, tambah pula dengan radio 'klasik nasional' yang lagunya, alahai (ayah aku suka noh buka radio tu. ntah apa-apa la). Lagi lah pening aku dibuatnya!

Aku dah tak tahan. Apa lagi, aku pun jeritlah kat adik-adik aku 'senyaplah! along tak tahan ni. pening. nak muntah!' aku terpaksa buka selendang yang aku dah pakai lawa-lawa sejak dari rumah tadi sebab memang dah betul-betul tahap gaban la tak tahan =.=' Nasib baik sangat la dah sampai Mersing. then, ibu n ayah aku pun cari lah tempat berhenti (kat tepi laut). bila dah tengok laut tak jadi la pulak aku nak muntah. HHA. Lagipun, kalau muntah apa je yang keluar. Kan puasa, perut pun kosong. (Nasib baik puasa) Keluar2 kereta, aku terus cari tempat duduk. Aku duduk kat situ tengok laut. Ibu n ayah aku pun sabar je tengok gelagat aku. Tak jauh dari situ, ada la satu pondok ni. Ada sebuah motor dan dua jejaka ni (apa kena mengena? cerita jela) Pening aku dah la belum habis. Diorang bole pulak tanpa henti 'suittt,suittt' aku. Aku malas nak melayan. Elak aku baling je selipar tumit tinggi aku ni.

Then, bila dah rasa okay sikit, aku pun ajak la naik kereta, sambung jalan. Nasib baik dah sampai Mersing. Ayah aku pun layan la. Bawa aku sekeluarga jalan-jalan. Lepas tu, kat satu simpang ni, ayah aku buat 'U' turn. So, secara tak langsung, kepala aku pun ter 'U' turn la sekali dengan badan-badan aku ni. Bila dah 'U' turn je, aku terpandang satu motor berwarna merah ni (lupa la motor jenis apa). Macam pernah aku lihat motor itu, tapi di mana ya? ha, rupa-rupanya tu lah motor dua ekor mamat yang try nak menggoda aku tadi (eceh). diorang boleh ikut kereta aku sampai ke situ?? gilaa apa! nak kena belasah ni. Aku pun amik endah tak endah je lah. Lepas tu, nak elakkan dari diorang ni asyik follow je kereta ayah aku yang sangat mahal ni, aku pun suruh la ayah aku berhenti di sebuah kedai keropok. Ayah aku pun berhentilah. Then, diorang tengok, lepas tu perlahankan motor and lastly, terpaksa jugak la diorang terus. Takkan nak berhenti sekali kan. okay, bagus! I like <3 Lepas jugak.

Bila dah sampai kedai tu, apa lagi. Aku pantang tengok keropok2 ni (maklumlah memang favourite. aww) aku pun terus la keluar kereta n pilih keropok apa yang patut dibeli. banyak jugak aku pilih. Tapi, yang dibelinya sikit :p Aku pilih yang bukan2, padahal sama je jenis keropok. ibu ayah aku pun tapis-tapis la apa yang aku dah pilih tu dan hasilnya, SIKIT je beli. Abes tu nak buat macammana, aku ni kan rambang mata orangnya. HHA. (masa tu, aku langsung dah tak ingat pasal mamat dua ekor tu)

Then, cari tempat berbuka. Dekat Restoran Masakan Cina Muslim. Nama kedai dia 'SALLY's PLACE' (tiba-tiba teringat abang sally dalam cerita upin ipin). Makanan kat situ memang sedap. Delicious. aww aww <3 Aku pun makan lah dengan kenyangnya. Lepas dah kenyang, BALIKLAH! dalam kereta aku tak tidur, aku amik langkah berjaga-jaga sebelum terjadi apa-apa pada aku. Dah lah malam, gelap, dengan jalan yang macam tu, dengan ayah yang bawa laju. Tapi Alhamdulillah, aku sekeluarga sampai jugak di rumah dengan selamatnya around 9 pm :)

p/s : balik-balik je terus call Syazwan. HAHA :D