Assalamualaikum. *kabare? *waras. (ngomong jawa bentar :p)
Cerita Hari Ini?
Pada hari ini, aku telah buat satu kesalahan besar. Aku dah ponteng sekolah. *cehh besarlah sangat. Malam sebelumnya aku dah beritahu kat geng aku yang aku takkan datang sebab bosan. Hujung hujung persekolahan memang memboringkan. Tak dapat dinafikan lagi. Okay, teruskan...
Aku bangun tidur seawal 6.30 pagi lalu menunaikan solat subuh. Kemudian, tidur balik. Sedar sedar pukul 9.45 a.m dan aku mendapati bahawa ibu bapa serta adik adik aku telah keluar rumah meninggalkan aku seorang diri -.-' *memang selalu macam ni. Aku stay rumah sorang sorang. Inilah akibat ponteng sekolah. Budak fly without wings. Haha. Bangun je tidur, terus reply message my darling. Dia pergi sekolah bawa handphone. Selamba benar. Memang pelajar cemerlang. Ada ciri ciri lelaki idaman aku. Haha shengal. Sambil message dia, aku kemas rumah, basuh baju, jemur baju, basuh pinggan (exercise dalam rumah. amalkan selalu). Selain itu, kerja kerja lain yang aku buat ialah tengok DVD Korea 'Boys Over Flowers'. Ulang ulang dan ulang kali aku tengok. Whoah aku suka tengok Lee Min Ho yang comel, segak dan bergaya :) pewit pewit! *Syazwan selalu jealous bila aku sebut nama artis korea ni. gedik! Sarapan pagi (roti sapu kaya dan planta) janji kenyang. hihi
Pukul 12.30 barulah ibu ayah dan adik aku balik rumah. Pukul 4.00 petang aku minta izin kat Syazwan untuk tidur sekejap sebab dah mengantuk sangat (habit tidur petang). Aku pun tidurlah dengan lena. Tiba tiba lagu Nobody nyanyian Wonder Girls mengejutkan aku dari mimpi indah. Rupa rupanya alarm clock sudah mengeluarkan bunyi dan jam menunjukkan pukul 5 petang. Leceh betul lah -.-' Actually, petang ni aku ada temujanji dengan Syazwan. Nak jumpa dia. Tapi tiba tiba, sebaik sahaja bangun dari tidur, ibu aku bagi satu berita (suruh aku stay rumah Zue Aziz untuk temankan dia malam ni sebab mak cik aku ada camping dekat sekolah) Petang tu dapat lah jugak jumpa dengan si buah hati tapi kejap je dapat -.-' Namun begitu, malam ini pun aku dan dia sempat berjumpa sebentar sebelum dia pergi meninggalkan aku keesokan harinya :'( sobs sobs. Alaa bukan pergi mana pun. Dia ada lawan olahraga dekat Bandar Penawar tak silap (aku tak ambil tahu sangat pun pasal tu) hihi.
Malam itu jugak, aku sempat round round dengan sepupu tergila aku, Zue Aziz. Kami pergi pasar malam di Taman Kota Jaya. Beli air kelapa, lalu terus pergi. Perut kami sudah mula mengamuk minta diisi. So, kami pun pusing satu bandar untuk mencari kedai makan yang sesuai. Pusing punya pusing punya pusing, akhirnya kami mengambil keputusan yang terbaik untuk berhenti makan di D' Bagus Cafe. Aku order Char Kuew Tiaw Penang dan Orange Juice while Zue Aziz order Hong Kong bla bla (lupa nama) dan Bandung Syrup. Walawee. Memang sedap tahap gaban masakan dia. Marvellous! Harga juga amat berpatutan. *promote ni. silalah datang :D aku nekad aku akan datang makan lagi dekat situ :) Nantikan kedatanganku. Haha
Then, setelah puas makan (Alhamdulillah), kami pun balik terus ke rumah dan online facebook.
Sekarang, aku dah betul betul tak tahan menahan ngantok di mata ini. So, good night! Have a nice reading :) hihi bubye friends (n_n)